Perut ramping adalah idaman setiap wanita selepas melahirkan anak. Perubahan badan yang paling ketara adalah bahagian perut dan pinggang. Masalah perut buncit adalah paling merisaukan golongan ibu bersalin walaupun
telah mengikuti amalan pantang selepas bersalin. Jadi untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing adalah idaman setiap ibu yang bersalin.
Stress?? Banyak cara sudah dilakukan untuk menguruskan badan tetapi di bahagian perut masih boroi dan mengeleber. Untuk menyelesaikan masalah ini,
disyorkan untuk mengamalkan beberapa petua dan amalan untuk mengempiskan perut secara semula jadi, berkesan dan selamat. Kesan yang akan diperolehi
sama ada cepat atau lambat bergantung kepada tahap istiqamah seseorang. Tips Cara Mendidik Anak
Antara cara yang boleh dilakukan ialah:
Asam Keping

Teh dan Limau Kasturi
Daun Cekur

Asam Jawa
- Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas
- Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam.
- Minum setiap pagi dan malam.
- Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

Teh dan Limau Kasturi
- Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
- Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh cina atau hijau.
Daun Cekur
- Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
- Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
- Masukkan 1/2 gelas air.
- Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

- Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
- Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
- Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
- Lemak di badan pasti akan berkurangan.

Biji Manjakani
- Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
- Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
- Biar mendidih dan di sejukkan.
- Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
- Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.
Selamat Mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan