
Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok Bidara.
Kandungan komposisi nutrien dari buah bidara dilaporkan memiliki kelembapan, tenaga, protein, lemak, karbohidrat, ash, karoten, vitamin C, F dan Ca. Buah bidara mengandungi gula galaktosa, fruktosa, glukosa, asid sitrik organik, asid malonik dan asid malik. Penyiasatan saintifik mendedahkan bahawa bahagian-bahagian ziziphus mauritiana turut mempunyai pelbagai nilai tambah dari segi pharmacological seperti antioksida, hepatoprotective, antidiarrhoel, antimicrobial, antihyperglycemic/hypoglycemic dan antiplasmodial.
Sifat-sifat perubatan Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati).
Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol. Berkesan melawan oxidative stres yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser. Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.
Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).
Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen) dan Anti radang (Anti-inflammatory).
Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia). Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.
Dengan ini dirumuskan bahawa pokok bidara mempunyai pelbagai nutrisi yang dapat digunakan bagi tujuan perubatan kerana sifat-sifat seperti berikut:
1) Sifat Anti-Kanser
2) Sifat Anti-Diabetis
3) Sifat Anti-Diarrheal (Cirit-birit)
4) Sifat Hepatoprotective (Sakit jantung)
5) Sifat Anti-Microbial (Bakteria)
6) Sifat Anti-Plasmodial (Parasit)
7) Sifat Anti-Malaria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan